21 April 2009

PSM Presentation

Bismillah..

Alhamdulillah, ana telah berjaya membentang Projek Sarjana Muda (PSM) a.k.a. projek tahun akhir ana dengan baik pagi tadi (^_^)v. Syukur, sangat bersyukur atas kurniaan yang melimpah ruah dari Dia dalam bentuk ketenangan dan keyakinan semasa membentang dan menjawab soalan dari panel.

Pagi tadi, telefon mak dulu. Apa-apa hal, suara mak adalah satu kewajipan untuk ana dengar setiap kali sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang mendebarkan. Dengar je suara mak, mata yang berair dari tadi terus je melimpah.

"Mak, doakan orang lancar nak bercakap. Mak, doakan orang faham apa yang panel tanya. Mak, doakan orang tahu macamana nak jawab soalan panel. Mak, doakan...... Mak, doakan.... Isk, isk, isk..."

Banyak nasihat mak bagi pagi tadi, antaranya bacaan doa yang ana tulis dalam post sebelum ni dan bacaan Surah Al-Insyirah. Juga zikir menyebut namaNya "Ya Latif" yang bermaksud Yang Maha Lembut agar panel lembut hati, tak panas hati dan tak bertanya yang pelik-pelik dan yang di luar jangkaan.

Alhamdulillah pembentangan ana kurang daripada 10 minit seperti yang dihadkan. Kemudian sesi soal jawab, ada la dalam lima-enam soalan, alhamdulillah mudah tangkap apa yang panel soalkan dan mudah juga untuk menjawab. Apa yang paling menyeronokkan ialah komen "Good answer!" dari ketua panel terhadap jawapan yang ana berikan. Komen itu cukup ringkas, tapi ia telah membuat wajah ini tersenyum puas dan hati ini berbunga-bunga mendengarnya (^_^).

Bunga dalam hatiku (^_^)v

Keluar je dari bilik pembentangan tu, terus telefon mak lagi. Seronok sangat. Walaupun kertas peperiksaan semalam sungguh mendukacitakan (^_^'), namun kegembiraan hari ni berjaya memadamkan kesedihan. Seperti nasihat seorang pensyarah tu, "La tahzan!" masa dia beri keputusan kertas ujian dulu. Betullah, jangan bersedih bila kita dah usaha sebab nanti Allah akan balas dengan yang lebih baik.

Masa telefon mak tu, baru tahu rupanya mak baca Surah Yaasin dua kali sepanjang tempoh ana membentang, terharunya.. (^_^-). Mak kata risau dengar suara anak dia ni nangis masa telefon pagi sebelum bentang tadi. Saaaayaaaaanngggg mak sangat-sangat-sangat! Mom, you're the inspiration of my life! Terlalu banyak didikan yang mak beri dalam diri ni, terlalu banyak nasihat dari mak untuk anak mak ni dan terlalu banyak pula pengorbanan mak demi memastikan anak mak ni tak keseorangan menghadapi hidup. Terima kasih, mak.. I love you so much!

7 comments:

"Scented Basil Flower" said...

Ana memahami=)...sangat bersyukur sbb dapat seorang ibu yang very supportive,+ve n pada masa yang sama xlekang dr ingatkan kita untuk ingat pd si Dia....

about the presentation...tahniah aisyah=)

Anonymous said...

Oho... I luv her too!!! Kekeke...
Sentimentol betul la adikku ini...

permata said...

me>hanah: camtu la my mum layan 11 org anak2 dia semua.. :)

me>anonymous: kak yah ke ni..huhu..ni mst kak misah repot ni...adess...

Anonymous said...

iyer... ana ukhtuki... kakyah d'great! ;)
cam tu ekkk mak layan kita... ooo... hehehe!
baca blog dayah, bunyi nada lain, baca blog esah nada cam lain... bila la si bahiah nak mula tulis blog agaknya.

permata said...

ha cepat le buat blog.org da wat facebook,ko buat la blog.haha.sori la facebookku berhabuk..jap g bersawang la plak..

Anonymous said...

dont have enough time to write blog maaa... very de bizi profesor...

permata said...

tau pun prof bizi..org tak penah suro apply pun..haha

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr