25 October 2009

Kesedaran

Bismillah..



"Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan kesedaran bahawa Kerajaan Bumi dan segala isinya ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagiNya. Tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan"

08 October 2009

Gosip… Shh… Shh…

GOSIP... SHH... SHH...

Objektif

Mengajar peserta betapa pentingnya memeriksa terlebih dahulu sesuatu khabar angin yang didengar

Material

Keratan akhbar ruangan gosip dan terjemahan Al-Qur'an

Perlaksanaan

1. Para peserta ditunjukkan ruangan gosip berkaitan artis dalam ruangan hiburan dalam akhbar. Setiap mereka perlu menceritakan apa yang mereka dengar tentang individu yang diperkatakan dalam gosip tersebut.

2. Tanya mereka, "Adakah gosip ini boleh dipercayai?" kemudian "Jika percaya bagaimana anda mengesahkannya?"

3. Tahukah anda ayat al-Qur'an telah memberi garis panduan bagaimana kita hendak menerima sesuatu berita? Surah Al-Hujurat : 6, Surah Al-Hujurat : 12

Kesimpulan

Jangan mempercayai sesuatu perkara secara membabi buta. Jangan terus menyampaikan sesuatu khabar angin kepada orangl ain. Setiap kata-kata kita akan dipertanggungjawabkan.


TANGGUH YANG MENYUSAHKAN

Objektif

Memberi kesedaran kepada peserta kesan daripada sifat bertangguh

Material

Botol yang ditebuk dan air

Perlaksanaan

1. Fasilitator, "Setiap seorang dari anda perlu menulis satu alasan yang biasanya disebut oleh orang yang bertangguh."

2. Selepas itu, isi botol yang ditebuk dengan paku kecil dengan air dan arahkan peserta menyebut alasan mereka satu persatu selepas anda menghabiskan ayat, "Saya perlu menyiapkan latihan yang guru/pensyarah berikan kepada saya tetapi saya rasa ..."

3. Setelah semua pelajar selesai menyebut, mereka diminta memperhatikan air yang keluar dari botol.

4. Perbincangan:

a. Jika saya kaitkan air yang keluar dari botol sebagai masa yang semakin berkurangan apakah yang anda dapat kaitkan dengan sikap bertangguh?
b. Apakah kesan jangka panjang kepada hidup seseorang yang suka bertangguh?
c. Adakah anda yakin anda akan hidup lama sehingga anda mampu menangguhkan amanah, janji, bertaubatdan sebagainya?
d. Bagaimana hendak membuang sikap bertangguh?

Kesimpulan

Sikap bertangguh adalah sikap yang akan menyusahkan diri. Kita tidak tahu bilakah kematian kita. Jika kita asyik bertangguh dalam sesuatu amanah dan kematian datang mendapatkan kita, kita akan bermasalah.


ANTI BOSAN

Seorang lelaki memandu bersendirian dengan keretanya memecut laju. Tiba-tiba dia hilang kawalan keretanya lalu melanggar pembahagi jalan dan menyebabkan keretanya menjunam ke dalam sungai yang mempunyai arus yang kuat. Perlahan-lahan keretanya tenggelam sedikit demi sedikit.

Pemuda itu menyedari bahawa tangannya patah dan dia tidak dapat melepaskan tali pinggangnya yang tersekat. Menyebabkan beliau terperangkap. Kereta tenggelam hingga ke dasar. Di mana dia masih terperangkap di dalam keretanya dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Penyelamat tiba 2 jam kemudian, mereka menjumpai lelaki tersebut di dalam sungai, tetapi anehnya dia masih hidup. Bagaimana ini boleh terjadi?

Jawapan: Sungai tersebut cetek, hanya sedalam paras dada lelaki tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah.. Tersenyum ana masa baca e-book ni. Terbayang wajah adik-adik usrah yang manis-manis belaka tu. Terfikir-fikir bagaimanakah agaknya respon dan jawapan mereka jika aktiviti-aktiviti seperti di atas dilakukan dalam halaqah mingguan.

Ada beratus lagi idea seperti ini dalam bentuk e-book & buku. Berminat untuk mendapatkannya? Boleh contact ana (aishah.bm@gmail.com). Sekadar membantu setakat yang termampu, insyaAllah :)

* Idea di atas telah disusun oleh: CReaTiVe SiFu - creativesifu.blogspot.com*
Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr