26 January 2012

Bagaimana Perbaiki Niat

Bismillah..

"Awak ni baguslah, pembersih sangat. Bilik, baju, semua bersih, kemas dan teratur. Macam mana awak boleh istiqamah bersih ye?" tanya saya kepada seorang kawan yang sangat terkenal dengan sifatnya yang pembersih.

"Entahlah awak, memang dari kecil saya suka bersih. Sampai sekarang saya rasa tak sedap mata je kalau tengok benda kotor sikit, rasa gelisah tak senang duduk." jawabnya.

Memang dia sangat pantang kalau ada kotor sedikit, terus disapu atau dilapnya. Kadang-kadang tempat orang lain pun nak dibersihkannya. Tapi kerana bimbang orang itu akan terasa hati, maka dia terpaksa mengaburkan mata dengan ketidakbersihan yang dilihatnya. Baguslah, pandai menjaga hati orang lain walaupun hati sendiri tidak tenang.

Bersih, satu sifat yang teramat mulia di sisi Allah. Namun jika tersilap niat, sesuatu amal yang sepatutnya mendapat pahala boleh menjadi sia-sia. Bagaimana?

GUIDE DARI RASULULLAH S.A.W.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mendapatkannya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrahkan kerananya itu." [Hadis pertama dalam Hadis 40 syarah Imam Nawawi]

NIAT YANG TERSASAR

Terfikirkah kita? Mengapa kita jadi pembersih? Kenapa jadi pemalu? Kenapa jadi rajin? Kenapa jadi punctual? Kenapa?

"Sebab memang saya suka bersih."

"Sebab dari lahir saya memang pemalu."

"Sebab mak dan abah suruh saya jadi rajin."

"Sebab boyfriend saya tak suka saya lambat." Erkkkkk..!

Eh.. Di mana niat kerana Allah dan RasulNya? Berdasarkan hadis yang dipaparkan di atas, jika kita sandarkan niat kepada diri sendiri (memang saya suka), kita hanya akan dapat memuaskan diri sendiri. Jika kita jadi rajin sebab mak dan ayah, kita hanya akan memuaskan hati mak dan ayah, maka kita hanya akan dapat kasih sayang mak dan ayah. Boyfriend??

Jadi, layakkah kita mendapat pahala dari Allah atas amalan mulia kita tersebut? Walaupun amalan tersebut tersangatlah mulia dan tinggi darjatnya seperti belajar, solat dan berdakwah, tiadalah ertinya jika kita melakukannya kerana "memang saya suka" belajar, solat dan berdakwah.

PERBAIKI NIAT

Amalan-amalan mulia tersebut hanya akan dinilai mulia di sisi Allah sekiranya ia kita sandarkan kepada Allah dan RasulNya.

Sebagai contoh:

"Saya jadi bersih sebab Allah suka bersih dan Allah suka kalau saya jadi bersih."

"Saya jadi rajin sebab Allah suruh saya jadi rajin."

"Saya jadi rajin sebab mak dan ayah suruh saya jadi rajin dan Allah dan RasulNya suruh saya taat pada perintah mak dan ayah selagi ia tak bertentangan dengan syariat Islam." (oh skemanya, hehe)

"Saya punctual sebab ikut sunnah Rasul yang sangat menghargai masa dan Allah memang suruh saya ikut sunnah RasulNya."

Hmm.. Do you see the different? Amalan yang sama, tapi nilainya berbeza. Macam duit seringgit yang dibelanjakan di pasar malam dengan seringgit yang didermakan kepada Palestin kerana Allah. Harganya sama tapi nilainya berbeza.

KESIMPULAN

Jom kita sama-sama perbaiki niat kita. Begitu sering kita mendengar para ustaz/ustazah menyuruh kita agar perbaiki niat, tapi tak ramai yang mendidik kita bagaimanakah CARAnya untuk perbaiki niat, kan? Senang je. Asalkan amalan tu boleh kita sambung because and because-nya kepada Allah dan RasulNya, maka benar dan betullah amalan kita itu dan layaklah kita untuk mendapat pahala dengan amalan tersebut.

"Saya punctual sebab boyfriend saya tak suka saya lambat especially time dating dan Allah dan RasulNya suruh saya taat kat... boy.. eh.. niat ni takleh nak sambung kat Allah dan RasulNya lah.." Means? Amalan kita tu salah. As easy and simple as that. Sebab itulah Rasulullah berpesan bahawa setiap amalan memang sangat bergantung kepada niat. :)

Ok, thats all for today. Let's improve our niat! :)

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr