Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

18 June 2011

Part Time Full Time

Bismillah..

Berita terkini buat ikhwah akhawat yang terrrrr-view blog ni. ^_^

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Berkat doa ibu dan sahabiah seusrah, ana telah diterima untuk berkhidmat di UiTM Jengka. Insya-Allah, bermula 1 Julai 2011, ana bakal mengajar pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, subjek Basic Solid Mechanics (Sem 3) dan Analisis Struktur (Sem 5).

Subhanallah. Mohon doa-doa dari sahabat-sahabiah agar niat, tujuan dan matlamat ini sentiasa di landasan yang benar. Allah jua yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik segala keajaiban.

Versi lain: Semua kawan-kawan UTM dulu sungguh tak percaya ana jadi pensyarah! Huh?? Aishah?? Pensyarah??? Apekah??? :p Unbelievable? Believe it! Hehe. Kuasa Allah kan. Hati ni dibukakan oleh Dia untuk memilih kerjaya ni, dan ana menerimanya dengan senyuman. Alhamdulillah. ^_^

Sekadar itu sahaja kali ni, senyum-senyum selalu~ ^_^

Allahu a'la wa a'lam.

10 July 2009

Sambutan Jubli Perak SMKA TAHAP

Bismillah..

Kepada teman-teman lama ana semasa belajar di SMKA TAHAP, sudi-sudikan dirimu untuk menghadiri Sambutan Jubli Perak sekolah kita pada 12-14 Julai 2009.

Info dari yahoogroups, dengarnya iklan mengenai sambutan ni akan disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada 10 dan 11 Julai 2009, edaran satu Malaysia, di bahagian front page, 1 klassifields. Iklan juga kedengaran di radio THR sejak dua hari lepas (pagi dan petang - macam baca Al-Mathurat pulak ;p).

Sila klik di sini untuk lihat tentatif program.

Sedihnya ana tak dapat nak sertai.. Harap dimaafin ya.. :'(

:: Uhibbukum fillah ::

16 June 2009

Perginya Seorang Da'ie Terhebat


13 Jun - Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'iyah yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pagi tadi selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami". Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus. Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.

Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Ameen.

Diambil dari blog 'Asim

31 December 2008

Palestin Tanah Kita!

Assalamu'alaikum warahmatullah!

Kepada sesiapa yang berada di kawasan JB dan yang sewaktu dengannya:

Perhimpunan Solat Hajat dan Ceramah Palestin
Kekejaman Zionist Ke Atas Palestin dan Rakyatnya

Tempat: Masjid Taman Universiti
Tarikh: 31 Disember (Rabu)
Masa: Lepas Isya' (Isya' berjamaah)
Attire: Tutup Aurat

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan muslimin maka dia bukan dari kalangan mereka" (Hadith)

p/s: Ini bukan program rasmi Kelab Iqra', tetapi Iqra' mengambil inisiatif untuk menyampaikan maklumat ini kepada semua orang yang mengambil berat tentang umat Islam di Palestin.

* Copy and paste dari blog Kelab Iqra' UTM Skudai *
Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr