Bismillah...
Menulis. Menulis. Menulis.
Menulis ni, perlukan hati.
Kalau tak ada hati, susah nak tulis.
Kalau ada hati, agak mudah la nak menulis.
Dan yang paling best, bila menulis dengan...hati...yang bersih.
Bestnye..
===
Tada... Dah tulis 1 post. (^_^')
Mesti awak kata, "Cheh!"
Suka hati laa.. Ni blog saya, ok. Haha.
Tapi saya akan cuba untuk menulis lagi, bi-idznillah!
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

14 January 2011
03 April 2009
Zero E-Mail

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama tertangguh untuk membaca emel, akhirnya hari ni ana berjaya membaca semua 200+ emel yang ana skip sejak hujung tahun lepas! Tapi banyak juga yang ana transfer ke spam.. Hehe.. Mostly emel-emel yang berbentuk perbualan/sembang-sembang kosong di Yahoogroups (non-UTM)..
Labels:
Lain-lain
31 March 2009
Insan Kerdil
Bunga. Cantik kan bunga ni? Gambar ni ana ambil di Taman Herba UTM masa Program X-PAQ 2008. Masa peserta tengah sibuk ‘mengembara’ dengan tugasan2 yang diberi oleh fasi, ana curi masa sekejap untuk ambil gambar tumbuh2an kat situ.
Bunga ni, warnanya putih bersih. Bersih berseri. Segar dengan air embun masih menghiasi daun2nya. Cantik sangat. Subhanallah. Bunga ni, tunduk. Bukan kerana dia rasa dia hodoh. Tapi tunduk sebab sujud pada Tuhan dia. Bersyukur dengan kecantikan yang dimilikinya. Tetap tegar, putih bersih, suci dari segala dosa.
Bunga ni. Ana suka bunga ni. Ana tak tahu nama dia, tapi ana suka sangat tengok bunga ni. Reflek pada diri sendiri. Macam ni ke diri ni? Tunduk menyerah diri pada Dia yang Maha Mencipta. Begini ke diri ni? Dia dikurnia nikmat melimpah ruah, tetap tunduk menyembah Dia yang Maha Berkuasa. Jauh. Jauh benar diri ni dengan dia.
Diri ni tak macam bunga ni. Angkuh. Megah dengan apa yang dimiliki. Meskipun tahu hanya pinjaman, tapi tetap sombong dengan Tuhan. Kenapa? Degil. Suka meninggi diri. Padahal diri ni tak punya apa. Papa kedana. Pun masih leka.
Menangislah wahai diri. Mengalirlah wahai air mata. Hangati kelopak itu dengan air suci milik Tuhan. Semoga diterima taubatmu. Semoga dikurnia redha olehNya. Ameen.
Terima kasih wahai bunga yang kerdil. Kerana dengan hadirmu ku insafi kesilapan dan kesalahan diri. Terima kasih wahai Tuhan, kerana mengirimkan aku sebentuk perantara yang gagah memegang amanahnya. Dan kerana telah menyedarkan aku dari alpa yang lama.
*Diambil dari blog lama*
Labels:
Lain-lain
29 December 2008
Salam Ma'al Hijrah 1430

YA ALLAH…. MAHA SUCI ENGKAU….
Ya Allah…. Maha Suci Engkau….
Engkau telah menciptakan aku, sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut….
Engkaulah yang mamberi kepadaku akan setiap kejadian hidup dengan urusan yang mudah
Berupa pendengaran, penglihatan, hati dan yang lain iaitu kelebihan yang banyak.
Engkaulah yang memberi petunjuk kepadaku ke jalanMu dengan perantaraan seorang hamba
Yang Engkau telah mengutusnya kepada segenap umat manusia sebagai lampu yang menerangi
Iaitu Muhammad bin Abdullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan.
Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa….
Kemudian aku teringat dan aku bertaubat kepadaMu dengan kehendakMu
Dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Di sinilah aku berdiri di pintuMu ya Allah, dengan menangis, menyesal,
Dan memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Pengampun.
Dengan penuh kerendahan, akulah seorang yang memohon, keutamaanMu adalah Agung.
Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan semua orang yang berdiri bersamaku di pintuMu
Dengan kekecewaan dan kesedihan.
Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh yang sama mensucikan Engkau
Seraya memuji kepadaMu sepanjang waktu.
Dan tetapkanlah pada kami kasih saying dari sisiMu, maka kepada siapa selain Engkau
Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah…. Maha Suci Engkau….
01/01/1430

21 December 2008
"Ya Allah!"
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu ia berada dalam aktivitinya.
Apabila laut bergelombang, ombak bergelora, dan apabila angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: “Ya Allah!”
Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya, dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru: “Ya Allah!”
Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedy, ia akan menyebut: “Ya Allah!”
Apabila pintu ditutup da hadapan pencari kerja, dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta. Mereka akan berseru: “Ya Allah!”
Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti,dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan berseru: “Ya Allah!”
Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup, dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru: “Ya Allah!”
Telah ku khabarkan kepadaMu
Segala hal seperti cercaan.
Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.
Lalu ku panggil jelas namaMu
Di waktu Subuh menanti
Dan setiap fajar menyinsing
Selalu terdengar namaMu terucap.
Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.
Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya, dan tatapan mata hamba yang penuh harapan, dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.
Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hari akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan akan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.
Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya. (Asy-Syu’ara: 19)
Allah: Sebaik-baik nama, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus, dan kata yang paling bernilai.
…. apakah kamu mengetahui ada sesuatu yang setara dengan Dia? (Maryam: 65)
Allah: BagiNya segala kekayaan dan keabadian, kekuasaan dan kekuatan, keagungan, kemampuan dan kebijaksanaan.
…. milik siapakah kekuasaan pada hari ini? (Kekuasaan) hanyalah milik Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa. (Ghafir: 16)
Allah: BagiNya kebijaksanaan, pertolongan, keringanan, bantuan, cinta dan kebaikan.
Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah. (An-Nahl: 53)
Allah: Sang Pemilik segala keagungan, kebesaran, kewibawaan dan keperkasaan.
Sekalipun ku lukiskan keagunganMu dalam goresan
Sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa
Engkau tetap Yang Teragung
Dan tempat segala yang bermakna.
Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu
Segalanya terasa lapang.
Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.
Ya Allah, sejikkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.
Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.
Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.
Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu, bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.
Ya Allah, lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufik timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

Subscribe to:
Posts (Atom)