05 August 2009

Saktah Dalam Al-Fatihah

Bismillah..


“Kita mulakan majlis kita dengan Ummul-Furqaan, Al-Fatihah. Bismilllah….. (ila akhir ayat)”

Tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, .. 10 saat, telapak tangan disapu ke wajah, dan majlis dijalankan seperti yang telah disyurakan.

“Ni cara nak baca dia kena dengung, 2 harkat tau. Kalau nak senang kira dua harkat tu, gerakkan jari.” Mak mengajar ana mengaji dengan penuh kesabaran.

“Hukun nun mati bertemu ba, apa namanya, Aishah? Dan terangkan cara bacaannya.”

“Iqlab, ustazah. Bla.. Bla.. Bla.. Bla..” Ana menjawab soalan dari ustazah di sekolah rendah agama rakyat.

“Ha, kenapa kita kena baca Al-Quran pelan-pelan (lambat-lambat)? Siapa tahu?” Tanya ustaz di sekolah menengah pula.

Teringat-ingat rentetan perjalanan hidup ana dalam mempelajari cara membaca Al-Quran. Dulu masa kecil-kecil, bila habis je solat Maghrib, kawan-kawan semua sibuk bersiap-siap nak belajar mengaji di rumah ana. Mak ana ajar simple je. Mudah. Hidup ana dikelilingi dengan mereka yang pandai membaca Al-Quran sejak kecil hinggalah habis sekolah menengah.

“Awak, awak, saya nak cakap ni, tapi segan.. Sebenarnya, saya tak reti baca Al-Quran. Lepas khatam dulu tak pernah baca dah..”

Terdiam ana dengar pengakuan ikhlas ni. Kali pertama ana mengetahui ada manusia yang sebegini. Betapa ana tak pernah mengenali dunia luar.

“Awak, nak pinjam Al-Quran sekejap.”

“Emm.. Aishah.. Saya tak ada Al-Quran, awak pinjam roommate saya punya ye..”

Terkedu lagi ana. Baru tiga tahun meninggalkan SMKA, sudah tidak endah tentang hadirnya Al-Quran di sisi. Di mana dia yang ana kenal dulu?

Macam-macam ragam manusia kita dengar, kita lihat dan kita jumpa. Ada rasa marah dan geram. Teringat pada pesan Baginda Rasulullah, “Janganlah engkau marah! Janganlah engkau marah! Janganlah engkau marah!” Tapi kenapa, ya Rasulullah?

Ingatlah, bahawa sesungguhnya setiap manusia dibesarkan dan diasuh dengan cara yang berbeza. Biar sama umur kita, namun persekitaran kita berbeza-beza. Biar sama nama kita, namun ujiannya berbeza-beza. Jangan disalahkan mereka, jangan dibenci mereka, sebaliknya berdoalah untuk mereka.

“Bismillahirrahmanirrahim, Qul a’udzu birobb innaas, Maliki nnaas, Ilahi nnaas, Min syarril waswasil khannaas, Alladzi yuwaswisu fi shudurin naas, Minal jinnati wannaas.” Seorang imam mengconduct bacaan surah An-Naas di sebuah surau.

Tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, .. Satu lagi majlis bermula. Sama. Semua berlagak seperti biasa, seperti tiada apa yang pelik. Ku fikir hanya mereka yang diasuh dengan cara yang berbeza yang tidak faham. Namun hari itu, ku lihat mereka yang diasuh dengan cara yang sama denganku juga tak jauh bezanya.

“Sila antum baca surah Al-Fatihah.”

…….. Tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, tit, .. Lagi.

“Sekarang sila jawab, apakah bacaan antum tadi tu punya washol, wakaf, atau… saktah??” Tanya seorang murabbi dalam Bengkel Tajwid.

Hah? Ada ke saktah dalam Al-Fatihah?? Nak kena tanya mak balik ni, mana boleh main-main dengan surah rukun solat ni!

“Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan bertajwid dan bertartil.” Jelas seorang ustaz di kelas 5 Ibnu Sina.

Allahu a'lam..

:: tartil = tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat
:: washol = menyambungkan bacaan tanpa berhenti
:: wakaf = berhenti dan ambil nafas baru untuk bacaan yang seterusnya
:: saktah = berhenti dua harkat tanpa mengambil nafas baru, simbol tajwid ﺲ kecil


Bukan susah nak baca Al-Quran baik-baik, kan?
Dan bukan lama sangat pun nak baca Al-Fatihah baik-baik, kan?

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr