Nadra Maarof atau nama Belanda Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh telah dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi, Jawa, Indonesia adalah wanita keturunan Belanda yang pernah mencetuskan rusuhan agama di Singapura pada tahun 1950.
Pada usia 5 tahun Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Ketika itu bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh telah menjadi tawanan perang tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah merupakan seorang peniaga kain di Jawa berasal dari Kemaman, Terengganu. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Natrah adalah seorang anak gadis yang baik dan sempat mengkhatamkan al-Quran beberapa kali. Che Aminah amat menyayangi Natrah dan mendidiknya sebagai seorang muslimah yang baik.
15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura . Setelah Jepun menyerah kalah, Sarjan Hertogh dibebaskan. Beliau balik ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah tetapi gagal.
September 1949 Natrah ditemui di Terengganu. Atas perancangan dan muslihat untuk mendapatkan kembali Natrah, Sarjan Hertogh meminta Che Aminah membawa Natrah ke Singapura. Disana Natrah diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura. Dalam rayuannya Che Aminah telah berjaya mendapatkan semula hak penjagaan ke atas Natrah
Nota : Che Aminah telah meninggal dunia pada tahun 1976di Chukai, Terengganu ketika berusia 70 tahun
Namun begitu pada 12 Disember 1950 mahkamah memutuskan bahawa Natrah mesti dikembalikan semula kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dikristiankan.
Keputusan mahkamah ini telah mendapat bantahan seluruh masyarakat islam di Singapura dan Tanah Melayu. Oleh kerana tidak puashati, marah dan kecewa Natrah akan dimurtadkan maka satu rusuhan telah berlaku pada tahun 1950.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Di Belanda, Natrah dipaksa ke gereja dan mengamalkan cara hidup kristian. Kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Ingatannya kepada Mansor Adabi (suaminya) tidak pernah padam.Dalam suratnya bertarikh 26 Januari 1956 Natrah ada mengatakan hasratnya ingin bersama Mansur Adabi meskipun suaminya ketika itu telahpun berkahwin lain.
Pernah pada satu ketika Natrah bertanya tentang dimana letaknya masjid di Bergen Op Zoom. Natrah juga pernah meminta sejadah dan bertanyakan tentang arah kiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari.
Namun kesemuanya itu tidak bertahan lama. Setelah berkali kali dipaksa, akhirnya Natrah tewas dan terpaksa tunduk akur dengan desakan keluarga. Ketika wartawan menemuinya, beliau tidak lagi beramal dengan ajaran dan tuntutan Islam, meskipun masih merindukan kehidupan sewaktu kecilnya dahulu.
Pada 20 April 1956 Natrah telah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt seorang tentera warga Belanda. Melalui perkongsian hidupnya dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, Natrah telah dikurniakan seramai sepuluh orang anak namun perkahwinan mereka berdua tidak bertahan lama.
Pada tahun 1984 Bertha meninggalkan Belanda dan memulakan kehidupan baru bersama Ben Pichel seorang warga Indonesia di Amerika Syarikat. Disana dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel.
Pada 1997 Natrah bersama suaminya telah mengunjungi saudara angkatnya Pn Rokayah 63 tahun - di Kemaman, Terengganu dan berada disana selama satu malam.
Menurut Datin Fatini Yaacob 50, Natrah, adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang, tetapi amat fobia kepada media yang dianggapnya menjadi punca rusuhan di Singapura pada 1950, yang menyebabkan 18 maut dan beratus-ratus lagi cedera.
Lagi cerita tentang Natrah, sila klik disini.
Kini semuanya tinggal kenangan. Tanggal 9 Julai 2009 menyaksikan berakhirnya satu episod perjalanan menyayat hati seorang wanita yang menjadi rebutan dua agama. Pada usia 72 tahun Bertha Hertogh atau Natrah telah meninggal dunia di rumahnya di Huijbergen, Belanda akibat serangan penyakit Leukemia.
Sesungguhnya kematian Natrah telah mengguris dan mengungkit semula memori kesedihan dan kepiluan umat islam terhadap satu penindasan dan " pencabulan yang tidak beretika" yang menodai hak-hak kemanusiaan seorang insan.
Natrah merupakan satu simbol di sebalik kecintaan bangsa melayu terhadap agama suatu masa dahulu.Semoga Natrah akan kekal dalam lipatan sejarah umat islam dan bangsa Melayu.
*Diambil bulat-bulat dari blog ni.
1 comments:
Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah
Terima kasih kerana menziarahi blog ana dan apa yang dipaparkan adalah perkongsian maklumat saya dengan rakan-rakan bloger yang lain dan ana tiada apa-apa masalah jika sahabat sahabat ingin mengambilnya untuk tatapan yang lain. Jika diizinkan Allah ana ingin membawa pembaca menyelami kisah penderitaan Natrah melalui penulisan saya yang akan datang.
Post a Comment