24 August 2009

Salam 1 Ramadhan, Salam 1 Palestin

Bismillah..



Alhamdulillah Ramadhan sudah bermula sejak tiga hari yang lepas. Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak, Ramadhan Kareem, Ramadhan yang telah dijanjikan oleh Allah dengan rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka buat mereka yang benar-benar memanfaatkannya. Sungguh Allah tidak pernah memungkiri janji. Itulah Ramadhan, ibarat sebuah institusi pendidikan jiwa dan rohani yang diiktiraf oleh kerajaan langit dan bumi.

Rumah telah dibersihkan dan dihias seindah-indahnya. Pakaian solat sudah dibersihkan seharum-harumnya. Bekalan kurma/tamar sudah ditempah awal-awal. Beruntunglah! Sungguh beruntunglah bagi mereka yang benar-benar punya rasa rindu pada Ramadhan.

Inilah saatnya beristirehat dari penguasaan nafsu duniawi
Inilah saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga
Inilah saatnya mensyukuri indahnya kemurahannya
Inilah saatnya merebut-rebut pelukanNya
Inilah saatnya merasa nikmat berada dalam dakapanNya
Wahai Tuhan Yang Maha Menguasai Hati-hati
Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan Hati-hati


Ramadhan kali ini jatuh pada 22 Ogos 2009, sehari selepas Hari Al-Quds Sedunia. Ingatkah kita pada peristiwa itu? Tanggal 21 Ogos 1969, Al-Quds dibakar oleh rejim Zionis laknatullah! Termasuklah mimbar yang pernah digunakan oleh Saidina Umar turut hangus terbakar. Sudah 40 tahun berlalu. Maka, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ayuh kita marakkan sumbangan kita pada Palestin! Sambutlah kempen yang pernah dianjurkan oleh JIM sejak dua tahun lepas; Fast To Fund. Ikhlaskan hatimu, jom kita serbu tabung-tabung Aman Palestin!

Allahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr