08 July 2009

Saladin Versus Transformers


Bismillah...

Alhamdulillah minggu lepas kami senior-senior dalam Kelab Hikmah telah berjaya membuka booth kelab di kolej bagi menarik adik-adik baru menyertai kami. Banyak hikmahnya Allah menetapkan agar Minggu Haluan Siswa (MHS) hanya diwajibkan untuk dua hari sahaja. Antaranya kami berpeluang untuk berkenalan, berukhwah dan bermu'ayasyah dengan adik-adik baru selama seminggu tanpa perlu menjadi crew MHS.

Berbagai kaedah kami cuba untuk menarik adik-adik ke booth kami. Antara yang mendapat sambutan adalah permainan Hikmah Circle a.k.a. Roda Impian dan persembahan multimedia berkaitan sejarah Islam. Non-muslim pun ada menonton dari jauh.

Sedang kami asyik melayan kerenah adik-adik di booth yang sedang menonton tayangan multimedia kami, tiba-tiba terdengar satu suara manusia yang sepatutnya memberi sokongan kepada usaha kami, tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau menegur kami sebaik sahaja beliau keluar dari dewan kolej.


"Korang tengok cerita apa ni?"

"Saladin"

"Hai...~ Cerita mengarut
yang korang tengok.."

Tersentak dengan komen tu, pantas ana menjawab, "Salahuddin Al-Ayubi!!!"

Dan beliau terus pergi tanpa berkata apa-apa lagi. Tak sangka ana jawab macam tu kot ;p

Wahai Encik yang budiman, yang sepatutnya kami hormat, saya pasti Encik belum pernah tonton filem Saladin yang pernah popular satu ketika dulu (tapi kat TV dia tayang tak habis pun). Sebab kalau Encik dah pernah tonton dengan mata hati, maka saya yakin Encik takkan cakap macam tu.


Penat kami bersaing dengan tayangan dalam dewan (Filem Transformers - CD cetak rompak pula tu, isy3..). Lama juga hati ni membara dengan kata-kata tu, tapi tak terluah. Sedih. Sedih sangat dengan mereka yang tidak pernah cuba untuk mengenali bayang-bayang sendiri. Malah mereka takut dengan bayang-bayang sendiri. Wallahu a'la wa a'lam.

1 comments:

zatul said...

aishah, pengalaman aishah dan sahabat kelab hikmah tempohari, bukan kali pertama berlaku dalam sejarah dunia. Malah ada yang lebih teruk lagi. Apakah mesej yang nk disampaikan oleh Allah sebenarnya? Ya, tugas kita masih belum selesai, selagi islam tidak tertegak, selagi itulah dakwah kita harus berjalan.InsyaAllah, kita hidup berjemaah, saling lengkap melengkapi. Tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada. Jadikan setiap detik adalah pelajaran. Wallahu'alam.

p/s: rindu kat akhawat semua. sampaikan salam akak pada fida, su, eira, lah, fitd, noa,dan sesape yg mengenali diri ini...

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr