31 March 2009

Insan Kerdil

Action speaks louder than words

Bunga. Cantik kan bunga ni? Gambar ni ana ambil di Taman Herba UTM masa Program X-PAQ 2008. Masa peserta tengah sibuk ‘mengembara’ dengan tugasan2 yang diberi oleh fasi, ana curi masa sekejap untuk ambil gambar tumbuh2an kat situ.

Bunga ni, warnanya putih bersih. Bersih berseri. Segar dengan air embun masih menghiasi daun2nya. Cantik sangat. Subhanallah.
Bunga ni, tunduk. Bukan kerana dia rasa dia hodoh. Tapi tunduk sebab sujud pada Tuhan dia. Bersyukur dengan kecantikan yang dimilikinya. Tetap tegar, putih bersih, suci dari segala dosa.

Bunga ni. Ana suka bunga ni. Ana tak tahu nama dia, tapi ana suka sangat tengok bunga ni. Reflek pada diri sendiri. Macam ni ke diri ni? Tunduk menyerah diri pada Dia yang Maha Mencipta. Begini ke diri ni? Dia dikurnia nikmat melimpah ruah, tetap tunduk menyembah Dia yang Maha Berkuasa. Jauh. Jauh benar diri ni dengan dia.

Diri ni tak macam bunga ni. Angkuh. Megah dengan apa yang dimiliki. Meskipun tahu hanya pinjaman, tapi tetap sombong dengan Tuhan. Kenapa? Degil. Suka meninggi diri. Padahal diri ni tak punya apa. Papa kedana. Pun masih leka.

Menangislah wahai diri. Mengalirlah wahai air mata. Hangati kelopak itu dengan air suci milik Tuhan. Semoga diterima taubatmu. Semoga dikurnia redha olehNya. Ameen.

Terima kasih wahai bunga yang kerdil. Kerana dengan hadirmu ku insafi kesilapan dan kesalahan diri. Terima kasih wahai Tuhan, kerana mengirimkan aku sebentuk perantara yang gagah memegang amanahnya. Dan kerana telah menyedarkan aku dari alpa yang lama.

*Diambil dari blog lama*

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr