Bismillah. Beberapa minggu lepas ada satu komen minta ana bagi tips untuk exam. Entahlah siapa dia, lebih suka dilabel sebagai ‘Annonymous’. Boleh jadi dia seorang murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, matrikulasi, politeknik, kolej atau mahasiswa/i universiti. Jadi ana tak tahu nak bagi tips macam mana. Bagi ana, tahap pembelajaran dan keadaan sekeliling seseorang mempengaruhi cara bagaimana dia mengendalikan dirinya dalam bidang pembelajaran.
Sebenarnya ana bukanlah seorang yang pakar dalam hal ni (^_^’). Namun ana terasa seperti ingin berkongsi sesuatu dengan antum di sini, berkaitan dengan hal ini, berdasarkan pengalaman hidup ana sendiri dan berdasarkan sedikit kajian yang pernah ana buat semasa di alam matrikulasi. Sebab bagi ana, belajar dari pengalaman (praktikal) lebih baik dari belajar dari teori. Tapi ini lebih sesuai dinamakan tips untuk belajar, bukan tips untuk menghadapi peperiksaan. InsyaAllah ana akan cuba sambung berkenaan tips menghadapi peperiksaan selepas ni.
Zaman Sekolah Rendah
Ketika zaman sekolah rendah, ana tak pernah fikir bagaimana caranya untuk belajar. Apa yang ana tahu, ‘belajar’ sahajalah sepertimana orang lain belajar. Ana baru terfikir adanya ‘cara belajar’ apabila kakak ana puji cara ana belajar. Katanya, “Bagus la ko (kata nama yang biasa diguna di rumah) ada kumpulan study, masa akak dulu takde pun nak fikir semua-semua ni.” Alhamdulillah, perpindahan semula ana ke rumah lama mengenalkan ana pada tiga orang kawan sekelas dan sejantina yang berdekatan rumah. Syukur kerana kami diberi ilham oleh Allah untuk belajar dan menyiapkan kerja rumah bersama hampir setiap malam, mengikut giliran rumah. Biasanya antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Kadang-kadang ada juga supper selepas habis belajar, alhamdulillah. Kemudian kami akan mengiringi sesama kami untuk pulang ke rumah masing-masing. Begitulah seadanya selama dua tahun (1997 dan 1998).
Zaman Sekolah Menengah
Alhamdulillah, ana diterima masuk ke SMKA TAHAP, sebuah sekolah berasrama. Bagusnya sekolah berasrama ni sebab ada waktu persediaan untuk peperiksaan atau lebih familiar dengan nama preparation class/prep hour/silent hour. Dulu, prep hour ni dibuat pada waktu petang dan malam, tiap-tiap hari. Suasana di kelas pada waktu prep hour ni sangat memberi semangat untuk ana belajar, jadi selama lima tahun (1999 hingga 2003) ana belajar di sini, ana cuma belajar sendiri pada waktu prep tu, tak pernah ada kumpulan belajar. Tapi untuk pastikan diri kita tak ‘hanyut’ dari silibus pembelajaran, kita kena la sentiasa tumpu perhatian semasa cikgu mengajar di kelas. Ana juga suka buat nota kecil pada zaman ni, mood belajar tengah tinggi la katakan. Di asrama pula, ana tak suka stay up sampai tengah-tengah malam, kecuali jika ada latihan-latihan yang belum siap. Lepas habis waktu prep, balik asrama untuk sesi mengaji sebelum tidur, then terus tidur je... Zzzzzz.....
Zaman Matrikulasi
Keadaan di matrikulasi jauh berbeza dengan keadaan di sekolah menengah. Sesi belajar di kelas adalah sepanjang satu hari dan ada beberapa gap antara waktu subjek-subjek tertentu. Tidak ada istilah ‘kelas kita’ di sini, sebab hampir setiap subjek akan berlainan kelasnya, yang sama hanyalah ahli-ahli kelas. Tidak ada juga suasana belajar seperti prep hour macam di sekolah dulu. Pada ketika ni, mulanya ana cuba belajar sendiri di bilik, tapi tak boleh, susah. Jadi ana pun mencari-cari kawan yang boleh diajak belajar bersama. Lama juga ana tak ada kawan belajar berkumpulan. Akhirnya ana jumpa mereka di surau, masa tu lagi dua minggu sebelum ujian pertengahan semester satu, alhamdulillah. Untuk semester-semester berikutnya pun ana masih belajar secara berkumpulan. Tapi caranya agak berbeza dengan zaman sekolah rendah dulu. Di sini kami masing-masing diberi topik sendiri dalam setiap subjek untuk dikuasai dan dibentang. Ada juga tugasan untuk bertemu pensyarah. Masalahnya, ana tak suka pergi jumpa pensyarah (^^p)
Antara cara lain ana belajar di sini adalah tumpu perhatian semasa belajar di kelas (ni wajib), mahirkan menjawab soalan-soalan tutorial dan soalan-soalan peperiksaan lepas, selalu bertanya kawan-kawan yang mahir, masuk kuliah orang lain, dan lain-lain. Ini juga adalah hasil kajian ana di matrik dulu, masa tu subjek Bahasa Ingerís ada suruh buat kajian, jadi ana kaji berkenaan cara belajar pelajar-pelajar di sana (KMPh). Tentang masuk kuliah orang lain tu, ana buat untuk subjek-subjek yang ana susah nak faham di kuliah sendiri, masa tu ana susah nak faham subjek Fizik, jadi ana selalu curi-curi masuk kuliah yang diajar oleh pensyarah yang lain.
Zaman Universiti
Oleh sebab di matrik ana belajar secara berkumpulan, jadi di universiti pun ana nak belajar dengan cara tu juga. Dulu masa tahun satu ana pernah mencari kawan-kawan untuk belajar bersama, tapi tak menjadi. Pernah beberapa kali mencuba, tapi tak jadi juga. Entahlah apa masalahnya, akhirnya ana belajar sendiri di bilik sampailah ke hari ni. Kadang-kadang cemburu juga tengok kawan-kawan fakulti lain yang ada kumpulan belajar, tapi apakan daya, kawan-kawan sekelas ana semuanya lebih suka belajar sendiri. Jadi, buat sesiapa yang ada kumpulan belajar tu, bersyukurlah kepadaNya dan gunakanlah kumpulan tu dengan sebaiknya. Ana pernah nak membiasakan diri ke tempat yang ada suasana belajar (perpustakaan), tapi bukan suasana belajar yang ada rupanya, suasana bercinta ada la… (--.)
Cara lain untuk belajar di sini, bagi ana perkara yang paling mustahak adalah tumpuan semasa belajar di kelas, biasakan duduk di bahagian depan dan jangan segan untuk bertanya pensyarah jika tak faham. Dengan cara ni, tak kiralah kita ada kumpulan belajar atau tidak, insyaAllah kita mampu menguasai sesuatu subjek dengan baik. Tapi, perlu diingat, belajar secara berkumpulan adalah tetap lebih berkesan daripada belajar sendirian.
==================================================
Konsep study group ini sebenarnya adalah sama dengan konsep usrah. Kita selalu ke kuliah-kuliah agama, namun mungkin kefahamannya kurang. Jadi, kaedah usrah yang diperkenalkan (semula) oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna adalah satu pendekatan yang sangat berkesan untuk memastikan kita benar-benar faham tentang Islam. Malah study group yang bernama usrah ini adalah jauh lebih penting dari study group yang hanya membincangkan hal-hal akademik yang fardhu kifayah tu. Dalam sistem usrah juga ada kelas-kelas yang dikelola oleh para ilmuan/ustaz-ustazah, yang mana ia tidak dipanggil kelas/kuliah, tapi ia dipanggil daurah. Modul daurah juga adalah seiring dengan silibus usrah yang kita sertai. Sama kan konsep kelas dengan daurah, dan study group dengan usrah? Jadi, sertailah usrah.. (^_^) Wallahu’alam.
5 comments:
Assalamu'alaikum ukhti...
maaf deh...ana tak tahu ukhti permata ni siapa...kelihatannya nama ana ada disenarai blog kawan...macam kita kenal bangat yea...mesti best kalau tahu nama...huhu
salam, ya ukhti baizura... ana la, aishah.. huhu
Kelakar bangat laa antum nie..^_^
tarhata oh tarhata...
ala....malunyer...erm..macam pernah tahu permata ni siapa...mesti lupa... Aisyah rupernyer...hihi..yang pastinya kita lebih dari kenal..^-^
Post a Comment