11 April 2012

Doa


Bismillah..

Entry kali ni lebih kepada kehidupan. Tapi bukanlah bermaksud entry2 yang sebelum ni more kepada kematian ye. One of the meaning of "Aishah" is "kehidupan" :)

Alhamdulillah, kini sudah 7 bulan saya berumahtangga (rumah kat tingkat 3, takde lift, huhu). Sekarang, dah 3 bulan suami operasi di Sabah. Hari2 dia call ^_^ dan next week dia balik, insyaAllah (yay!). Masa2 merindu selalunya akan view gambar2 kahwin dan honeymoon, melihat sambil berfikir.. Teringat satu perbualan dengan naqibah satu masa dulu..

Topik mu'ayasyah dalam kereta hari tu sedikit sebanyak sentuh pasal perkahwinan dan calon suami. Masa tu saya masih dalam proses untuk berkahwin. Ada dibincangkan tentang ciri2 suami yang diimpikan. Biasalah, semua orang nak yang beriman dan blablablablabla kan. Jadi tak perlulah saya sebut di sini.

Selain tu, saya pun sebut la 3 ciri lain. As manusia biasa, saya nak dia seorang yang bukan perokok, tak terlalu fanatik dengan bola dan tak suka pakai jeans (heheh). Alhamdulillah, my hubby menepati ketiga2nya :) mudah2an berkekalan. Naqibah kata, alhamdulillah, dia dapat suami yang menepati ciri2 ukhrawi dan duniawi yang dia nak. Dia kata lagi, Allah tu memang sangat baik kan ^_^ Semua yang kita nak, insyaAllah kita dapat.

Alhamdulillah.. Saya percaya, setiap dari kita sebenarnya ada banyak lagi ciri yang kita nak pada pasangan kita. Tak kiralah ukhrawi atau duniawi. Sama macam saya, ciri duniawi yang disebut hari tu ada 3 je, tapi dalam hati ada banyak lagi. Kadang2 handsome pun termasuk dalam doa, haha. Jangan gelak kuat sangat, anda pun sama agaknya? Heheh. Angguk2 geleng2.

Kita beriman bahawa Allah sangat adil dalam menentukan kehidupan kita. Dan kita juga beriman bahawa Allah sangat ingin menunaikan harapan2 setiap dari kita. Cuma syaratnya, kita mesti berdoa pada Dia. Biar sebanyak mana pun yang kita mahu, sebutlah dalam doa2 kita. Biarpun kadang2 rasa segan nak sebut ciri yang bukan2 kan, rasa macam eh malulah nak minta kat Allah macam tu. Tapi yakinlah, kalau kita tak sebut pun Allah dah tahu lah, hehe. So lebih baik sebut, dapat juga pahala berdoa. ^_~

Ada juga segelintir yang fikir bahawa kacak/cantik tu adalah "low-class" punya permintaan. Biasalah, iman tengah tinggi menggunung kot time tu. Dalam otak dia fikir ukhrawi jeeee. Dalam borang BM 'haram' bagi dia tulis ciri2 duniawi (heheh). Tapi bagi saya, kita manusia biasa. Itu fitrah. Cuma bezanya ciri duniawi tu di tangga keutamaan yang mana. Kecantikan itu subjektif. Bak kata (tuuuuut...), "kecantikan itu pada mata yang memandang". Ada orang kata dia kacak, ada orang kata "sorry, not my taste". Haha. Dan Allah akan bagi sesuai dengan taste kita.

Hm.. Masih dalam mood rindu suami (huhu).. Video nikah entah dah berapa ribu kali tengok. Khutbah nikah tu betul2 boleh remind semula tanggungjawab suami-isteri. Jadi guidance untuk muhasabah diri. Review gambar lagi.. Lagi.. Dan lagi.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa. Doa agar mata ni sentiasa melihat wajah suami sebagai wajah yang benar2 menyejukkan hati. Apa pun aksinya, ada satu perasaan yang indah dalam hati tiap kali melihatnya.. :)
Fikir lama2.. Rupanya banyak sangat ciri pasangan yang saya nak tapi dulu saya malu nak sebut dalam doa, tapi Allah tetap bagi juga.. Allah tu memang baik sangat.. kan.. :') Ruginya dulu tak sebut dalam doa, dah kurang pahala, huhu.

Kesimpulannya, jangan malu untuk berdoa. Jangan malu meminta pada Dia yang lebih mengenali diri kita berbanding diri kita sendiri. Dia Maha Tahu siapa kita sebelum lahir, siapa kita kini malah siapa kita esok, lusa, minggu depan, tahun depan dan siapa kita di akhirat nanti. Adakalanya doa itu boleh menjadi rahsia hanya antara kita dan DIA. :)

2 comments:

atynadya said...

Assalam, saya nak tanya. Akak masih mengajar di Uitm jengka ke? Saya ad kawan yang mencari2 usrah area pahang. Boleh contact saya fathinnadiaosman@gmail.com jazakillah khair~

permata said...

Wslm..maaf baru baca ni..lama x jenguk blog ni..sy dah berhenti mengajar sejak 2012..tp skrg sy di jengka n tumpang usrah temerloh sementara tunggu bersalin..kalau ada nak forward nama boleh whatsapp saya 0137025080 n sy akan forwardkan pd jk tarbiah..inshaallah

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr