31 December 2009

Periuk Nasi

Bismillah..

***********
Diri ini semakin hari semakin suka memerhati daripada berbicara.
Mungkin kerana ku amat merindukan diri ini seperti yang sebelumnya,
yang pernah bertitle pendiam satu ketika dulu (peramah pun pernah, huh?).
Sungguh aku rindu menjadi "aku" yang dulu..

Tapi takkan lah nak diam 24 jam je kan. Berbicaralah bila perlu.
***********

Hanya gara-gara melihat seorang mahasiswa memakai sweater yang bertulisan jawi, terkeluar isu politik di kelas hari tu. Ana tak kisah, nak cakap hal politik pun cakaplah. Tapi tolonglah.. Bila melibatkan hal-hal aqidah.. Rasa nak mengalir air mata tang tu jugak..

Antara dialog biasa dari rakyat biasa (surat dari pembaca akhbar):

"Berada dalam kepimpinan yang kita sudah tahu buruk dan baiknya adalah lebih baik daripada kita memilih yang kita belum tentu tahu buruk dan baiknya"

Itu okay lagi.

Antara dialog berbisa dari lidah berpengaruh (spontan):

"Saya peliklah. Selama ni siapa yang bagi gaji kat kita? Bukan orang lain kan? Saya takkan pilih yang lain, mereka yang bagi gaji kat saya. Mereka yang bagi duit poket kat saya. Periuk nasi saya terjaga. Awak semua nak pilih yang lain ke?", gertak seorang Profesor.

***********

Rezeki. Rezeki ertinya sesuatu yang dapat diambil manfaatnya oleh makhluk hidup berupa makanan atau yang lainnya. Manurut Ahli Sunnah Wal jama'ah, rezeki itu sesuatu yang dapat diambil manfaatnya, meskipun dari jalan yang haram seperti hasil pencurian, perjudian, penipuan dan sebagainya. Kita sebagai orang Islam tentu selalu berusaha keras untuk menjauhkan diri dari rezeki yang haram dan memohon kepada Allah agar hanya diberi rezeki yang halal.

Kenapa manusia menjadi risau dengan kehidupan di dunia?

"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia), dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat." [Asy-Syura, 42: 20]

Kenapa manusia menjadi risau dengan rezeki dan sumber penghidupan?

"Dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur." [Al-A’raf, 7: 10]

Ilmu Tauhid yang kedudukannya paling atas di antara ilmu-ilmu di dunia, yang fungsinya untuk membahaskan isu-isu aqidah Islam telah banyak mengajar kita bahawa Allah itu Maha Memberi Rezeki kepada makhlukNya. 100% bukan dari sesiapa yang lainnya kerana selain Allah semuanya adalah makhluk.

"Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian dengan air hujan itu Dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di lautan dengan kehendakNya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai." [Ibrahim, 14: 32]

Ah, kasihannya pada lidah yang berkata kerajaanlah yang memberi rezeki. Memang sudah mengagih-agihkan rezeki Allah kepada rakyat itu adalah tugas pemimpin negara, mengapa mahu dipersoalkan lagi? Tak kiralah siapa pun pemimpin itu, pokoknya itu memang sudah tugasnya. Yang penting kaedah yang diambil itu wajiblah kaedah yang halal seluruhnya, itu yang perlu dipersoalkan.

Namun kita juga harus sedar, bahawa beginilah realiti masyarakat umum sekarang. Tidak kira yang berilmu, bijak dan berpengaruh, jika tidak ada yang berusaha mencari kebenaran dan menyebarkannya, dialog-dialog seperti di atas bisa jadi satu keyakinan (aqidah) yang mereka terlalu yakin dengannya. Biarpun kelihatannya seperti kecil, tetapi impaknya besar, kerana aqidah itulah yang membezakan antara yang muslim dengan yang sebaliknya.

"Perintahkan keluargamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertaqwa." [Thaha, 20: 132]

Allahu a'lam..

5 comments:

Mashizaki Keikan said...

Mereka lupa, kerajaan yang bagi gaji kat depa (professor). Siapa sahaja kerajaan yang naik, mereka jugaklah yang wajib bagi gaji kepada kakitangan kerajaan.

Mereka patut berjasa kepada kerajaan, dengan menjadikan kerajaan, kerajaan yang terbaik. Jadi, bolehkah kerajaan yang terbaik dari kalangan orang yang tak mempunyai kekuatan dan sifat amanah?

What twisted ideology they hold. And I thought professors where wise.

Aqidah is also something we can't tolerate. Regardless of siapa sahaja yang bagi kita gaji, Allah jualah yang memberikan rezeki kepada mereka. Sama ada yang memberikan gaji atau yang mendapat gaji. KAlau Allah decide nak hentikan bagi rezeki, maka terhentilah.

I agree with you on that... Ramai yang takut, sebab nak jaga periuk nasi sendiri. Sedang ummah perlukan kepada kepimpinan yang benar.

WaLlahu a'lam.

fara jeff said...

ukhti aishah..

dl kte pernah gado kan benda cmni..diorg sgt marah krn tak mau brubah..katenye knape perlu brubah sdgkn tau 'org lain' tuh takkan mampu wat same cam yg dah ade skg nih..yela..dgn contoh2 dr negeri2 'org lain' kot..
tp maybe diorg lupe,sape pon yg terpilih sbg pemimpin perlu menjalankan tgungjawab memimpin tuh..
diorg ni takot nnt tak idop kalo 'org lain' yg memerintah..sdgkan rezeki itu sume hak Allah..akn diberi sama rata..nape gusar?kalo d pihak yg benar..

permata said...

>MK: Yes, there's no tolerate at all regarding aqidah. Same goes to horoscope believers. There's hidden agenda behind the fun application!

>Farah: Eh? Bile eh gadoh2 tu? Tak ingat la pulak..

Anonymous said...

bl bc psl bab2 rezeki ni..terigt satu masa..satu mlm tu,bwu blk dr usrah..ms tu dh kul 9 lebih.lapar sgt..dlm ati pkir,pe la ak nk mkn ni.kwn2 yg laen musty suma dh mkn.nk ajak sapa teman pegi beli makanan.tp dlm ati tawakal je kat Allah swt.moga ada kwn yg sudi teman.rupa nye Allah swt dh sedia pon mknan kat bilik..(kawan ajak makan kat bilik,dia masak)..alhamdulilah..

permata said...

>anon:

alhamdulillah..Allah mmg sentiasa dgr rintihan hati kita kan :)

"brgsiapa yg btawakkal kpd Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2, dan nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" [Ath-Thalaaq, 65: 2 & 3]

dah sujud syukur blm? :)

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr