31 March 2009

Insan Kerdil

Action speaks louder than words

Bunga. Cantik kan bunga ni? Gambar ni ana ambil di Taman Herba UTM masa Program X-PAQ 2008. Masa peserta tengah sibuk ‘mengembara’ dengan tugasan2 yang diberi oleh fasi, ana curi masa sekejap untuk ambil gambar tumbuh2an kat situ.

Bunga ni, warnanya putih bersih. Bersih berseri. Segar dengan air embun masih menghiasi daun2nya. Cantik sangat. Subhanallah.
Bunga ni, tunduk. Bukan kerana dia rasa dia hodoh. Tapi tunduk sebab sujud pada Tuhan dia. Bersyukur dengan kecantikan yang dimilikinya. Tetap tegar, putih bersih, suci dari segala dosa.

Bunga ni. Ana suka bunga ni. Ana tak tahu nama dia, tapi ana suka sangat tengok bunga ni. Reflek pada diri sendiri. Macam ni ke diri ni? Tunduk menyerah diri pada Dia yang Maha Mencipta. Begini ke diri ni? Dia dikurnia nikmat melimpah ruah, tetap tunduk menyembah Dia yang Maha Berkuasa. Jauh. Jauh benar diri ni dengan dia.

Diri ni tak macam bunga ni. Angkuh. Megah dengan apa yang dimiliki. Meskipun tahu hanya pinjaman, tapi tetap sombong dengan Tuhan. Kenapa? Degil. Suka meninggi diri. Padahal diri ni tak punya apa. Papa kedana. Pun masih leka.

Menangislah wahai diri. Mengalirlah wahai air mata. Hangati kelopak itu dengan air suci milik Tuhan. Semoga diterima taubatmu. Semoga dikurnia redha olehNya. Ameen.

Terima kasih wahai bunga yang kerdil. Kerana dengan hadirmu ku insafi kesilapan dan kesalahan diri. Terima kasih wahai Tuhan, kerana mengirimkan aku sebentuk perantara yang gagah memegang amanahnya. Dan kerana telah menyedarkan aku dari alpa yang lama.

*Diambil dari blog lama*

24 March 2009

Duit Oh Duit..

Duit RM1 bertemu dengan duit RM50, lalu mereka berbual..

RM1: Oi, lama tak jumpa. Mana kau pergi?

RM50: Dah merata tempat aku pergi.. Pergi stadium tengok bola, naik STAR Cruice, melancong naik Air Asia, lepak kat VIVO CITY, tengok konsert Ct Nurhaliza, Malaysian Idol la, AF la.. Banyak sangat tempat sampai tak terkira.. Eh, kau camne lak?

RM1: (Jawab perlahan seraya menunduk) Hm.. Biasalah.. Balik-balik tempat sama.. Surau, masjid, surau, masjid..

*Diambil dari emel*

20 March 2009

Ada Apa Dengan PPSMI

Bismillah..

Hujung tahun lepas, ana hadiri sepenuhnya slot Ini Sejarah Kita (ISK) oleh Ustaz Salam. Di situ ana belajar macam-macam isu dari pelbagai sudut dan pandangan, juga berperang dengan fikiran ana yang kuno untuk mengubah persepsi diri mengenai beberapa kemusykilan.

KITA bermula dengan mengenali diri sendiri. Siapa KITA, apa latar belakang KITA, untuk apa KITA diwujudkan di dunia, apa yang perlu dan tidak perlu KITA buat sepanjang hidup ini, apa sejarah KITA, apa peristiwa dari sejarah KITA yang membawa kemegahan dalam diri KITA, apa pengajaran dari sejarah KITA dan akhirnya apa perancangan atau strategi yang mesti KITA susun demi mengembalikan kegemilangan sejarah KITA.

Bulan lepas, ana terbaca dua surat pembaca dari sebuah akhbar tempatan. Salah satu daripada tajuknya adalah "Ke Mana Kita Tanpa PPSMI?" dan tajuk surat satu lagi.. Maaf, ana terlupa. Isi kandungan kedua-dua surat tidak banyak beza, ingin meletakkan Bahasa Inggeris (BI) di tempat pertama dan Bahasa Melayu (BM) di tempat kedua dalam sistem pendidikan KITA. Mungkin ada di kalangan KITA yang akan berkata, "Eh, ini isu politik! Tak usah difikir-fikir!" Namun, mari KITA lihat dari sudut yang berbeza.

Ana tertarik dengan dua isi yang diketengahkan dalam surat-surat yang berkenaan. Penulis pertama menyatakan, "Jangan kita bandingkan diri kita dengan orang Korea, China atau Jepun yang maju dengan menggunakan bahasa sendiri. Jepun pun belajar menggunakan Bahasa Inggeris sebelum mengungguli teknologi dalam Bahasa Jepun."

Penulis kedua pula menyatakan, "Sebagai contoh mudah dalam subjek Fizik, generasi saya mengenal V untuk halaju, A untuk pecutan, D untuk sesaran dan T untuk masa. Di alam universiti pula, saya mengenal V adalah velocity, A adalah acceleration, D adalah distance dan T adalah time."

Kembali ana membelek-belek ingatan ana dalam slot ISK dulu. Hm, ada hujjah nampaknya. Kasihan benar ana pada mereka yang terlalu taksub dengan BI ini jika tujuan mereka adalah untuk mengejar kemajuan materialistik semata-mata. Kasihan, mungkin mereka belum belajar sejarah betul-betul (sebab subjek Sejarah di sekolah pun bukan betul-betul betul punya, ye ke?). Seandainya mereka turut serta slot ISK tempoh hari, ana yakin setidak-tidaknya mereka akan mengubah sedikit pernyataan mereka dalam surat-surat tersebut.

Tahukan KITA? Sejarah KITA dahulu, KITA belajar bahasa asing untuk menterjemahkan ilmu-ilmu bahasa asing tersebut ke dalam bahasa KITA sendiri, supaya KITA mudah faham apa yang dipelajari, mudah menapis ilmu-ilmu tersebut untuk disesuaikan dengan syariat yang telah diajar oleh tokoh teragung KITA dan dapat mengembangkannya dalam bahasa KITA sendiri. Akhirnya sejarah telah membuktikan, KITA berjaya mengungguli segala macam ilmu di dunia dengan menggunakan bahasa KITA sendiri.

Apabila giliran roda KITA berada di puncak dunia, orang-orang asing pula belajar bahasa KITA untuk menterjemahkan buku-buku para ilmuan KITA ke dalam bahasa mereka. Ana kira strategi ini jugalah yang dilakukan oleh orang-orang Korea, China dan Jepun yang disebut oleh penulis pertama tadi. Mereka menterjemah buku-buku KITA dan mengembangkan ilmu-ilmu KITA dengan jayanya.

Tapi, bagaimana KITA di sini? Bukannya nak menterjemah buku-buku bahasa asing ke dalam bahasa KITA, malah menggalakkan pula penterjemahan buku-buku KITA ke dalam bahasa asing. KITA sendiri secara sukarelanya menterjemahkan buku-buku KITA ke dalam bahasa asing yang kadang-kadang KITA pun tak faham. Konon-kononnya nak mengungguli dunialah, nak menyaingi kemajuan orang lain.

Pelik kan, KITA ambil tindakan 180° terbalik dari apa yang telah KITA lalui sebelumnya. KITA seolah-olah tidak bangga dengan diri KITA sendiri, bahasa KITA sendiri. Bukan ke betul kata seorang Prof. Emeritus tu, "Perlaksanaan PPSMI ini jika dilaksanakan akan membunuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang."

Mengapa ingin dibanggakan bahasa orang lain, sedangkan bahasa KITA lebih mudah difahami. Bukankah memahami itu lebih penting daripada mengetahui? Dan bukankah bahasa yang paling penting untuk dipelajari adalah Bahasa Arab (BA)? Kerana ilmu yang paling penting untuk dipelajari itu, buku rujukannya dalam BA kan? Al-Quran.

Tapi perlu difahami juga, KITA yang ana maksudkan dari awal tadi sebenarnya bukanlah KITA orang Melayu, tapi KITA orang Islam. Islam yang pernah menguasai dua pertiga dunia satu masa dulu. Dan bahasa KITA yang sebenarnya adalah Bahasa Syurga = BA.

Kembali ke topik asal, tidak salah untuk KITA mengukuhkan penggunaan BI sebenarnya, kerana Rasulullah sendiri amat menggalakkan KITA mahir dalam banyak bahasa. Namun KITA perlu faham, galakan Rasulullah itu ada tujuannya yang tersendiri. KITA digalakkan mempelajari bahasa asing supaya mudah untuk KITA berdakwah, bukan supaya mudah untuk KITA didakyah. Wallahu'alam.

========================================================
Ana benci Kamal At-Tarturk!
Dia yang menghancurkan sistem khalifah di bumiNya!
Dia yang memusnahkan cengkerang untuk umat Islam berlindung di bawahnya!
Dia yang 'membunuh' ameer umat Islam!
Dia pengkhianat!
Jika bumi Allah sendiri tidak mahu menerima mayatnya,
Maka wajarlah untuk ana benci Kamal At-Tarturk!
Ana benci Kamal At-Tarturk!
========================================================
*At-Tarturk ke Artartuk eh?

10 March 2009

Pengalamanku; Belajar

Bismillah. Beberapa minggu lepas ada satu komen minta ana bagi tips untuk exam. Entahlah siapa dia, lebih suka dilabel sebagai ‘Annonymous’. Boleh jadi dia seorang murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, matrikulasi, politeknik, kolej atau mahasiswa/i universiti. Jadi ana tak tahu nak bagi tips macam mana. Bagi ana, tahap pembelajaran dan keadaan sekeliling seseorang mempengaruhi cara bagaimana dia mengendalikan dirinya dalam bidang pembelajaran.

Sebenarnya ana bukanlah seorang yang pakar dalam hal ni (^_^’). Namun ana terasa seperti ingin berkongsi sesuatu dengan antum di sini, berkaitan dengan hal ini, berdasarkan pengalaman hidup ana sendiri dan berdasarkan sedikit kajian yang pernah ana buat semasa di alam matrikulasi. Sebab bagi ana, belajar dari pengalaman (praktikal) lebih baik dari belajar dari teori. Tapi ini lebih sesuai dinamakan tips untuk belajar, bukan tips untuk menghadapi peperiksaan. InsyaAllah ana akan cuba sambung berkenaan tips menghadapi peperiksaan selepas ni.

Zaman Sekolah Rendah

Ketika zaman sekolah rendah, ana tak pernah fikir bagaimana caranya untuk belajar. Apa yang ana tahu, ‘belajar’ sahajalah sepertimana orang lain belajar. Ana baru terfikir adanya ‘cara belajar’ apabila kakak ana puji cara ana belajar. Katanya, “Bagus la ko (kata nama yang biasa diguna di rumah) ada kumpulan study, masa akak dulu takde pun nak fikir semua-semua ni.” Alhamdulillah, perpindahan semula ana ke rumah lama mengenalkan ana pada tiga orang kawan sekelas dan sejantina yang berdekatan rumah. Syukur kerana kami diberi ilham oleh Allah untuk belajar dan menyiapkan kerja rumah bersama hampir setiap malam, mengikut giliran rumah. Biasanya antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Kadang-kadang ada juga supper selepas habis belajar, alhamdulillah. Kemudian kami akan mengiringi sesama kami untuk pulang ke rumah masing-masing. Begitulah seadanya selama dua tahun (1997 dan 1998).

Zaman Sekolah Menengah

Alhamdulillah, ana diterima masuk ke SMKA TAHAP, sebuah sekolah berasrama. Bagusnya sekolah berasrama ni sebab ada waktu persediaan untuk peperiksaan atau lebih familiar dengan nama preparation class/prep hour/silent hour. Dulu, prep hour ni dibuat pada waktu petang dan malam, tiap-tiap hari. Suasana di kelas pada waktu prep hour ni sangat memberi semangat untuk ana belajar, jadi selama lima tahun (1999 hingga 2003) ana belajar di sini, ana cuma belajar sendiri pada waktu prep tu, tak pernah ada kumpulan belajar. Tapi untuk pastikan diri kita tak ‘hanyut’ dari silibus pembelajaran, kita kena la sentiasa tumpu perhatian semasa cikgu mengajar di kelas. Ana juga suka buat nota kecil pada zaman ni, mood belajar tengah tinggi la katakan. Di asrama pula, ana tak suka stay up sampai tengah-tengah malam, kecuali jika ada latihan-latihan yang belum siap. Lepas habis waktu prep, balik asrama untuk sesi mengaji sebelum tidur, then terus tidur je... Zzzzzz.....

Zaman Matrikulasi


Keadaan di matrikulasi jauh berbeza dengan keadaan di sekolah menengah. Sesi belajar di kelas adalah sepanjang satu hari dan ada beberapa gap antara waktu subjek-subjek tertentu. Tidak ada istilah ‘kelas kita’ di sini, sebab hampir setiap subjek akan berlainan kelasnya, yang sama hanyalah ahli-ahli kelas. Tidak ada juga suasana belajar seperti prep hour macam di sekolah dulu.
Pada ketika ni, mulanya ana cuba belajar sendiri di bilik, tapi tak boleh, susah. Jadi ana pun mencari-cari kawan yang boleh diajak belajar bersama. Lama juga ana tak ada kawan belajar berkumpulan. Akhirnya ana jumpa mereka di surau, masa tu lagi dua minggu sebelum ujian pertengahan semester satu, alhamdulillah. Untuk semester-semester berikutnya pun ana masih belajar secara berkumpulan. Tapi caranya agak berbeza dengan zaman sekolah rendah dulu. Di sini kami masing-masing diberi topik sendiri dalam setiap subjek untuk dikuasai dan dibentang. Ada juga tugasan untuk bertemu pensyarah. Masalahnya, ana tak suka pergi jumpa pensyarah (^^p)

Antara cara lain ana belajar di sini adalah tumpu perhatian semasa belajar di kelas (ni wajib), mahirkan menjawab soalan-soalan tutorial dan soalan-soalan peperiksaan lepas, selalu bertanya kawan-kawan yang mahir, masuk kuliah orang lain, dan lain-lain. Ini juga adalah hasil kajian ana di matrik dulu, masa tu subjek Bahasa Ingerís ada suruh buat kajian, jadi ana kaji berkenaan cara belajar pelajar-pelajar di sana (KMPh). Tentang masuk kuliah orang lain tu, ana buat untuk subjek-subjek yang ana susah nak faham di kuliah sendiri, masa tu ana susah nak faham subjek Fizik, jadi ana selalu curi-curi masuk kuliah yang diajar oleh pensyarah yang lain.

Zaman Universiti

Oleh sebab di matrik ana belajar secara berkumpulan, jadi di universiti pun ana nak belajar dengan cara tu juga. Dulu masa tahun satu ana pernah mencari kawan-kawan untuk belajar bersama, tapi tak menjadi. Pernah beberapa kali mencuba, tapi tak jadi juga. Entahlah apa masalahnya, akhirnya ana belajar sendiri di bilik sampailah ke hari ni. Kadang-kadang cemburu juga tengok kawan-kawan fakulti lain yang ada kumpulan belajar, tapi apakan daya, kawan-kawan sekelas ana semuanya lebih suka belajar sendiri. Jadi, buat sesiapa yang ada kumpulan belajar tu, bersyukurlah kepadaNya dan gunakanlah kumpulan tu dengan sebaiknya. Ana pernah nak membiasakan diri ke tempat yang ada suasana belajar (perpustakaan), tapi bukan suasana belajar yang ada rupanya, suasana bercinta ada la… (--.)

Cara lain untuk belajar di sini, bagi ana perkara yang paling mustahak adalah tumpuan semasa belajar di kelas, biasakan duduk di bahagian depan dan jangan segan untuk bertanya pensyarah jika tak faham. Dengan cara ni, tak kiralah kita ada kumpulan belajar atau tidak, insyaAllah kita mampu menguasai sesuatu subjek dengan baik. Tapi, perlu diingat, belajar secara berkumpulan adalah tetap lebih berkesan daripada belajar sendirian.

==================================================

Konsep study group ini sebenarnya adalah sama dengan konsep usrah. Kita selalu ke kuliah-kuliah agama, namun mungkin kefahamannya kurang. Jadi, kaedah usrah yang diperkenalkan (semula) oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna adalah satu pendekatan yang sangat berkesan untuk memastikan kita benar-benar faham tentang Islam. Malah study group yang bernama usrah ini adalah jauh lebih penting dari study group yang hanya membincangkan hal-hal akademik yang fardhu kifayah tu. Dalam sistem usrah juga ada kelas-kelas yang dikelola oleh para ilmuan/ustaz-ustazah, yang mana ia tidak dipanggil kelas/kuliah, tapi ia dipanggil daurah. Modul daurah juga adalah seiring dengan silibus usrah yang kita sertai. Sama kan konsep kelas dengan daurah, dan study group dengan usrah? Jadi, sertailah usrah.. (^_^) Wallahu’alam.
Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr