29 December 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430


YA ALLAH…. MAHA SUCI ENGKAU….

Ya Allah…. Maha Suci Engkau….
Engkau telah menciptakan aku, sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut….
Engkaulah yang mamberi kepadaku akan setiap kejadian hidup dengan urusan yang mudah
Berupa pendengaran, penglihatan, hati dan yang lain iaitu kelebihan yang banyak.
Engkaulah yang memberi petunjuk kepadaku ke jalanMu dengan perantaraan seorang hamba
Yang Engkau telah mengutusnya kepada segenap umat manusia sebagai lampu yang menerangi
Iaitu Muhammad bin Abdullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan.

Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa….
Kemudian aku teringat dan aku bertaubat kepadaMu dengan kehendakMu
Dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Di sinilah aku berdiri di pintuMu ya Allah, dengan menangis, menyesal,
Dan memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Pengampun.
Dengan penuh kerendahan, akulah seorang yang memohon, keutamaanMu adalah Agung.

Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan semua orang yang berdiri bersamaku di pintuMu
Dengan kekecewaan dan kesedihan.
Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh yang sama mensucikan Engkau
Seraya memuji kepadaMu sepanjang waktu.
Dan tetapkanlah pada kami kasih saying dari sisiMu, maka kepada siapa selain Engkau
Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah…. Maha Suci Engkau….

01/01/1430

1 comments:

Anonymous said...

Amin..amin ya rabbal 'alamin. Moga2 tahun baru ni menjadi titik tolak yang berterusan dalam perjuangan kita.

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr