Bismillah..
Alhamdulillah buka sem akan datang ni merupakan sem terakhir ana untuk Degree in Civil Engineering di UTM. Means sem akan datang juga adalah sem kedua bagi projek tahun akhir (warga UTM panggil Projek Sarjana Muda-PSM) ana. Ana pilih antuk buat lab dalam bidang pengkonkritan, tajuknya Properties of Fiber Reinforced Aerated Concrete atau dalam Melayunya Sifat-sifat Konkrit Berudara Bertetulang Gentian. Last sem dan siap Bab 1 sampai Bab 3, sem ni sambung Bab 4 sampai Bab 6.
Minggu lepas ana dah mula masuk concrete lab, masa tu tak pakai mask pun sebab orang lain pun tak pakai. Tapi bila malamnya batuk teruk, terus pergi beli mask. Boleh pula ana terlupa yang diri ni pernah diserang masalah pernafasan satu ketika dulu, ish, ish, ish.. Taubat la ana dah tak nak kena makan 7 biji ubat sekali makan, huhu. Kat lab tu, mula-mula just tengok-tengok peralatan dan bantu kawan-kawan yang lain bancuh concrete je, sebab mix design ana masih belum dengan confirm dengan supervisor merangkap my academic advisor lagi masa tu. Masa cuti Raya Haji hari tu baru je dapat tahu ana kena tukar fiber tandan kelapa sawit kepada fiber kenaf, then minggu lepas pula kena tukar saiz dan bentuk sample/specimen. Agak kelam-kabut juga ana bila kena tukar secara tiba-tiba macam ni. Ye lah, peralatan untuk buat mould dah pun dibeli, thank God boleh diclaim, hehe.
Semalam ana baru mula buat kerja lab ana sendiri. Alhamdulillah segalanya okay. Semua technicians kat makmal pun baik-baik belaka. Walaupun berkali-kali juga kata "tak jadi buat mould tu, kena buat mould ni", tapi encik-encik tu tetap sabar, alhamdulillah! Pagi tadi mula bancuh aerated concrete, wah, macam buat kek pula. Mana tak nya, ada serbuk penaik dimasukkan dalam bancuhan knkrit ni. Percaya tak konkrit boleh mengembang macam kek? Nanti ana akan upload gambar-gambarnya, insyaAllah.
Masa nak bancuh tu, kena pantas. Sebab serbuk penaik yang bernama Aluminium Dust tu akan bertindak balas dengan air dan semin dalam jangka masa yang singkat. Kalau lambat maknanya tak naik la kek konkrit tu. Bahan-bahan pun kena jaga elok-elok. Kena simpan dalam plastik kedap udara tu, simen pun tak boleh guna simen yang dah lama, nanti jadi macam kek yang masuk angin, haha. Bila dah masuk dalan mould, kena tunggu dalam dua jam untuk tunggu konkrit tu keras sikit supaya mudah nak dipotong pada bahagian atas mould yang dah melimpah adunan konkrit yang mengembang tadi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, semua sample yang dibuat hari ni menjadi.
Okaylah, ana nak ke concrete lab semula ni. Sekarang ni tengah menunggu konkrit yang baru dibancuh tadi mengeras dalam mould. Dah nak tiba masa memotong kek! Hmm.. Lepas ni ada rasa nak bagi hadiah kek birthday berasaskan konkrit kat adik-adik usrah lah.. Hehe. Tak payah beli kat luar dah! :p
Sahabat-sahabat sekalian, doakan ana mampu manyiapkan PSM ni dengan tenang ya. Pesan seorang akak senior kat sini "Aishah, nak buat PSM ni, terutamanya aerated concrete ni, akak pesan Aishah buat Solat Istikharah tiap-tiap hari, okay. Dan banyak-banyak berdoa semoga dipermudahkan." InsyaAllah akan ku tunaikan pesanan ini sedayaku. Wallahu'alam.

0 comments:
Post a Comment