Iman. Iman. IMAN. Apa itu iman? Bila disebut ”Wahai orang-orang yang beriman” di dalam Al-Quran, terdetikkah di hati kita bahawa ayat itu ditujukan khas buat kita?
Jujurnya, dulu ana tak pernah terfikir langsung untuk memahami erti sebenar iman. Yang ana tahu, iman itu percaya, percaya itu yakin. Ana orang islam, maka ana muslim. Dan muslim ada iman, maka ana orang beriman. Fullstop. Dan hidup diteruskan seperti biasa, tiada bezanya dengan mereka di luar sana.
“Oh you, who believe...” Ah, bila ayat itu dibaca dalam Bahasa Inggeris, barulah terdetik dalam hati ni. Believe? Aku.. Believe ke? Termasukkah aku dalam golongan orang-orang yang believe? Betul ke aku percaya? Percaya dengan yakin? Subhanallah.. Ayat itu benar-benar membuat hati ini ingin mengetahui siapakah sebenarnya mereka, orang-orang yang beriman itu.
Tiba-tiba seperti ada rasa hiba.. Hiba beserta sakit yang amat dalam.. “Aku.. Tergolong ke...?” :’( Astaghfirullah...
1 comments:
mencuba.menggolongkan diri.
Post a Comment