31 January 2009

Andai Malaysia Diserang Seperti Palestin

*Artikel ini dicopy and paste dari blog adik.*

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir, kita sering mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini...

"Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai...”

Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh para militari Serb, malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak, cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu:

Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain pula jadi macam kita?

MALAYSIA DISERANG???

Untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan MALAYSIA sarang pengganas. Ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia, lalu mereka menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan, menghantar kapal selam nuklearnya dengan muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia.

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan MALAYSIA yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di utara dan PILLIPINNOS di timur menyerang MALAYSIA dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun MALAYSIA cakap MALAYSIA negara bebas pengganas tentera kuffar tetap menyerang MALAYSIA sama juga seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan MALAYSIA ada Pengganas Jemaah Islamiah.

MALAYSIA tetap mempertahankan MALAYSIA ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan kata-kata Afghanistan, Iraq, Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini, Perdana Menteri kita, YB Wakil Rakyat, Parlimen dan ADUN, tauke-tauke Cina yang kaya, semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke-tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab, Khalifah Ali Abi Thalib, Khalifah Khalid Al-Walid, Salahuddin Al-Ayubbi, yang sanggup berada di barisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT PEPERANGAN BERMULA

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan sekutunya mengebom, melancar peluru berpandu, membedil, menembak rakyat MALAYSIA. Mereka membunuh orang tua, perempuan dan Anak-anak kecil orang Melayu Islam kita, sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, datang lagi pesawat musuh silih berganti.

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang, datang lagi pesawat musuh silih berganti.

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO. Diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa memenuhi ruang udaranya, menghujani bom-bom dan roket. Kemudian Johor dan Negeri Sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda kini berada di Kedah. Pasukan tentera bersekutu kuffar mara dari bahagian Utara. Tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda, menendang pintu rumah anda. Anda bersama dengan isteri yang sarat mengandung dan tiga orang anak ketakutan dalam rumah.

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda, sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia. Muncung senapang ditujukan di kepala anda.

Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006, diajukan muncung senapang. DAMMMMMM!!! Anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu.

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak. Anda tidak mempunyai apa-apa perasaan. Sekarang berlaku kepada diri sendiri, baru anda tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.

ANDA MENANGIS KETAKUTAN...

Tentera bersekutu merampas isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu, meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati, tetapi umur anda masih panjang, anda masih hidup. Anda merangkak menuju ke hutan berhampiran di sebuah bukit untuk menyembunyikan diri.

Anda mengalirkan air mata... NGAT AKAN ALLAH...

Ujian peperangan berlaku di depan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini.

Anak perempuan diperkosa dan dibunuh di depan mata...
Anak kecil ditembak di depan mata...
Isteri dirampas untuk diperkosa... Di depan mata!!!!

Kawan-kawan... Sahabat taulan... Ramai yang terkorban... Dan tidak kurang juga yang cedera parah...

Di puncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang Melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri. Mereka tidak bernasib baik seperti anda.

Di atas bukit itu juga, anda melihat beribu-ribu tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang Melayu Islam yang masih selamat, menggeledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah. Tetapi umat Islam lain yang menjadi mangsa.

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti...

APA YANG ANDA HARAPKAN PADA MASA ITU???

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...

BANTUAN ALLAH...

BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA...

ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!!

ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN!!!!

BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI.

Tetapi tunggu punya tunggu, bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia”
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 tentera pengaman ke Malaysia selepas tamat perang nanti. Setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”
(Presiden NAM )

“Alhamdulillah, negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan. Kita semua patut bersyukur, kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali dalam suasana yang aman harmoni”
(Presiden Indonesia; Negara Umat Islam paling ramai - Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa, selepas peperangan tamat kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia”
(Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan”
(Pemimpin Arab Saudi)

SILA BERI KOMEN DAN PENDAPAT

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

Fikir-fikirkan…!

11 January 2009

Palestin, Di Mana Kita?

Bismillah..

Hari ini, sudah lebih separuh abad Yahudi laknatuLlah berusaha merampas bumi Palestin dari tangan umat Islam. Babarapa hari lepas, Israel mulakan semula gencatan senjata (yang tidak mustahil akan dilanggar lagi oleh mereka), dan kelmarin Hamas juga lakukan gencatan senjata. Akhbar-akhbar mangumpamakan, kini keadaan Palestin sepuluh kali lebih teruk dari bahana gempa bumi, masyaAllah!

Apakah peranan kita dalam isu ini? Oleh kerana kita beragama Islam, ana kira kita hanya diberi pilihan untuk menjadi salah satu daripada beberapa peranan ini; penonton, penyokong atau pendokong! Peranan-peranan ini bagaikan sama, tapi tak serupa. Sama, tapi samar! Ana jelaskan di sini apa bezanya antara ketiga-tiga peranan ini dengan mengambil contoh permainan bola sepak.

Penonton - Tiap kali tiba musim perlawanan bola sepak, banyak sekali penonton yang turut serta menyaksikannya. Hampir setiap rumah akan ada sahaja mata yang ingin menonton perlawanan ini di kaca TV. Namun hakikatnya, tak semua yang ingin menonton itu benar-benar ingin menonton perlawanan itu, sebaliknya mereka hanyalah sekadar mahu mengisi masa lapang, mengelakkan kebosanan atau mungkin kerana terpaksa menontonnya (sebab abang yang lebih tua pegang remote control). Maka terjadilah tontonan itu seperti masuk mata kanan, keluar mata kiri. Tiada sebarang perasaan. Ingin sahaja ditukar siaran itu kepada yang lain.

Penyokong - Penyokong perlawanan bola sepak biasanya (atau sememangnya) adalah orang-orang yang sangat meminati permainan ini (walaupun ada yang tak reti main pun sebenarnya). Ada yang sanggup tidak tidur malam kerana ingin menyaksikan aksi-aksi hebat pemain idola mereka di kaca TV. Tak kurang juga yang sanggup berJAULAH (bermusafir @ berjalan jauh) semata-mata kerana ingin menyokong pasukan kegemarannya. Harga tiket yang mahal pun tak kisah, boleh menabung katanya. Bagi mereka, memberi sokongan sahaja sudah dapat memuaskan hati dan perasaan mereka, apatah lagi jika pasukan yang disokong itu menang dalam perlawanan, pasti terkinja-kinja (maaf, bahasa kasar) mereka melompat kepuasan.

Pendokong - Perlawanan bola sepak tidak akan berlangsung tanpa adanya pemain bola sepak. Tidak kisahlah pemain itu sudah mahir bermain atau baru merangkak-rangkak hendak memulakan langkah, pemain itu tetap menjadi tonggak utama dalam perlawanan nanti. Masa dan wang sanggup dipertaruhkan demi memastikan diri mendapat latihan yang secukupnya. Baginya kemenangan adalah segala-galanya, kepuasan yang tidak terhingga! Akan dipikul amanah sebagai pendokong ini demi kegemilangan negara (contohnya). Jika tiada dia, maka punahlah pasukan itu! Biar cedera seteruk mana, selagi kaki itu mampu dihayun, maka akan terhayunlah ia. Dikorbankan dirinya demi bola sepak hingga hujung nyawa.

Hm. Agak-agaknyalah, dalam isu Palestin ni, di mana kita ye?

"Kemenangan itu pasti buat umat Islam!" Yakin. Kita semua sangat yakin akan hal kemenangan ini. Namun sebagai umat Islam itu sendiri, apakah kita hanya mahu menjadi penonton? Yang apabila kemenangan itu datang, kita hanya mampu menepukkan tangan tanpa wujud sedikit pun rasa 'izzah (bangga, gah) dengan Islam, masih tiada perasaan? Yang kadang-kadang telinga sudah bosan mendengar isu Palestin ini, dan mata sudah jelek melihat kesengsaraan saudara seaqidah dengan kita.

Setidak-tidaknya jadilah penyokong dengan menyertai himpunan-himpunan keamanan di sekitar negara. Walaupun mungkin kesannya kita tak nampak sekarang, sekurang-kurangnya kita berani bersuara mengenai isu ini. Juga tidaklah salah jika kita sama-sama menyahut ajakan berpakaian serba hitam sepanjang hari untuk menyatakan kesedihan kita akan keadaan saudara-saudara kita di Palestin. Ana bingung bila masih ada kawan yang bertanya, "Kenapa, apa gunanya kita pakai serba hitam? Takpe lah, aku dah boikot, tak payah pakai baju hitam pun takpe." Aneh, kenapa bila diajak berpakaian mengikut tema sesuatu perayaan, kita tak bertanya apa sepatah pun? Baju khas merdeka contohnya. Hm.. Tapi lepas tu bila ditanya pasal boikot, dia kata "Dalam masa terdekat ni lah. Tapi KFC dengan Mc D tu susah pulak." Sedihnya.. Ana rasa macam nak pakai baju hitam lagi sebab sedih dengan kawan seorang ni.

Bagaimana pula dengan pendokong? Itulah mereka yang berjuang di Tanah Palestin, menyerang balas bedilan Yahudi, merawat saudara-saudara kita di sana, menyumbang makanan pada mereka. Kita di Malaysia juga boleh menjadi pendokong kan? Dengan memboikot barangan Yahudi laknatuLlah, menderma tanpa rasa jemu pada rakyat Palestin, dan jangan dilupakan senjata kita yang paling berkesan, DOA! Juga jadilah pendokong isu umat Islam untuk jangka masa yang panjang, dengan menyebar luaskan dakwah dan tarbiyah!

"Di mana kita?"

09 January 2009

Boycott Israel Campaign!!












Ya Allah, Turunkanlah Sekali Lagi!!

Wahai saudara seIslamku, anak ini cuba untuk menyelamatkan ibunya yang dalam keadaan kritikal. Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata anda buat seketika serta bukakan hati. Sudah tentu kalau boleh anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadaMu Ya Allah........ Turunkanlah bantuanMu kali ini untuk menghancurkanlah rejim Zionis dan menyelamatkan orang-orang Islam di Lebanon.. Ameen...."

Lalu bacalah surah Al-Fil dengan membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah.

Surah Al-Fil:


Lipat gandakan doa ini, agar jutaan umat Islam turut serta membacanya dengan penuh kesungguhan, agar doa ini diperkenankan oleh Allah untuk menghancurkan rejim Zionis, ameen!

Derita Gaza

Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr