22 November 2011

UiTM Jengka di Hatiku

A'udzubillah min assyaithon arrajim. Bismillah arrahman arrahim..

Alhadulillah, pejam celik pejam celik, dah genap setahun ana kembali ke halaman keluarga di Jengka, Pahang. Setahun yang banyak ragamnya, huhu. Bertukar-tukar usrah dan bertukar kerjaya. Syukur alhamdulillah, di sini ana berdiri hari ini. Kembali ke Pahang bermakna bermulalah usrahku, tarbiahku dan dakwahku di Pahang. Pernah dulu rasa takut dan bimbang, boleh ke diri ni nak kekal dalam jalan ni bila balik ke rumah? Tapi keinginan untuk pulang amatlah mendalam dan meronta-ronta, hehe.

November 2010, usrah pertama ana di Pahang adalah di bawah bimbingan seorang naqibah yang cukup jelas fikrahnya, seorang doktor perubatan. Halaqah pertama berlangsung di rumah beliau di Taman Jaya 6, Temerloh (sekarang dah pindah). Masih ingat lagi macamana nak ke sana dulu. Mak hantar ke simpang Jengka 17 naik motor, then tunggu bas loceng untuk ke Hospital Temerloh (HoSHAS). Disebabkan bas tersebut 3 jam sekali baru ada dan jarang sekali nak punctual, maka perlu menugggu satu jam lebih awal daripada sepatutnya. Kali pertama naik bas tu, terus tanya pada pak cik bas tentang jadual pergi dan balik bas, terus dicatat pada buku nota. Sampai di HoSHAS, seorang ahli usrah yang juga seorang doktor perubatan menelefon, katanya tunggu sekejap higga dia selesai bertugas, maka menantilah di depan HoSHAS sambil melihat gelagat pesakit dan pelawat yang ada. Lebih kurang satu jam kemudian kami bergerak ke rumah yang dijanjikan.

Alhamdulillah tarbiahku mula berjalan dengan baik semula setelah dua minggu 'berehat' (haha). Semua ahli usrah termasuk naqibah adalah doktor perubatan, ana seorang je yang LAIN langsung, isk2. Di situlah bermula pembelajaran ana berkenaan term-term kedoktoran, hehe. Begitulah susunan Allah. Setiap kali adanya halaqah, maka ana akan ke sana pukul 3 petang, usrah biasanya mula pukul 6 petang dan berakhir pada 9 malam. Then akan bermalam di rumah naqibah atau di rumah ahli usrah di Quarters Doktor di HoSHAS dan akan puang ke rumah pada keesokannya jam 10 pagi, bas yang sama seperti semalamnya. Kadang-kadang pagi tu jejak kaki ke pejabat di Temerloh dulu, kot-kot ada tugasan baru, petangnya baru balik rumah. Bagitulah selama hampir 4 bulan. Segala daurah , katibah, qiam, mukhayyam dan sebagainya adalah di bawah anjuran Negeri.

Januari 2011, ana ditugaskan oleh kakak naqibah untuk membawa usrah di UiTM Jengka. Katanya ada nama seorang adik diforward oleh kakaknya dari UIA Kuantan. Alhamdulillah, pertemuan pertama kami dihadiri oleh naqibah ana, kakak tersebut, ana, adik tu dan seorang kawannya. Kami makan-makan (biasalah kan) dan berkenalan. Seterusnya usrah tersebut diletakkan bawah jagaan ana, OMG! Alhamdulillah, dengan izin Allah, usrah berjalan setiap minggu. Disebabkan belum boleh drive dan tak ada kereta AUTO, maka setialah ana bersama bas tadi untuk ke sekian kalinya, huhu. Bila tibanya panggilan daurah dari Kuantan, maka kami semua bersama-sama menaiki bas loceng ke sana. Pernah 2 jam berdiri berhimpit-himpit dari Jengka ke Kuantan (biasalah, bas locang mana ada tiket, tak ada seat khas).

Februari 2011, pertukaran usrah ana ke Jengka. Alhamdulillah masih di bawah naqibah yang sama, cuma ahlinya berbeza. Kali ni ahli kami dari kalangan pensyarah dan suri rumah di sekitar UiTM Jengka. Dan ahli makin bertambah dek pulangnya students untuk bercuti semester (selama 4 bulan tu). Ada student dari Mesir, UK, yang tengah tunggu penggilan U pun ada. Pada ketika ni lah usrah kami sangat best dan best dan best sangat! Tak kurang juga mereka yang bercuti tapi tak berjaya bersua muka. Dan kini mereka semua telah kembali ke laman ilmu masing-masing pada September yang lalu, isk2. Disusuli pula dengan perpindahan naqibah kami ke Selayang, isk2 lagi. Maka tinggallah kami yang setia dengan Jengka, menjalankan halaqah tanpa naqibah selama sebulan lebih kerana tak ada naqibah gantian lagi, isk2. Tapi sekarang dah dapat kakak baru, dari HTAA Kuantan pula, hehe, alhamdulillah.

Pada masa yang sama, adik-adik UiTM makin bertambah kerana pendaftaran pelajar baru pada bulan Jun. Alhamdulillah adik-adik ni pandai mengajak rakan, dan rakan-rakan mereka tu bersih hatinya. Usrah UiTM berjalan seperti biasa, dengan harapan yang begitu tinggi, agar adik-adik ni akan menjadi lebih baik daripada ana yang serba kekurangan. Dengan adik-adik yang ni pula, pernah bas Jengka-Kuantan tak ada setelah tunggu sampai Maghrib, terpaksa tukar route Jengka-Temerloh-Kuantan (of course terpaksa berbelanja lebih). Kasihan adik-adik, maafkan akak ye.Sekarang masih menyusun langkah. Dalam kesamaran yang ada, dengan kekurangan pengalaman, dengan ketiadaan kenderaan dakwah, kami di sini saling mentarbiah sesama kami.

Pendaftaran student degree pada September dan diploma pada November menambahkan lagi bilangan kami. Makanya..... Berlakulah kekurangan naqibah. Tidak dapat tidak, ana terpaksa menselect nama-nama forward yang ada (sedih!). Kini masih merancang yang lebih baik. Nama-nama forward yang sedang menunggu giliran masih berbaki beberapa orang, termasuk nama yang tiada nombor contact. Maka harap bersabarlah wahai pengforward-pengforward nama semua. Hanya beberapa akhawat yang menggerakkan usrah akhawat di sini, kami sangat memerlukan semangat dari antum, terutamanya doa-doa dari para muharik dan muharikah sekalian. Jazakillahu khair buat para akhawat yang sentiasa bertanya khabar diri ini, ana rindu antunna, huhu.

Apa pun, menjadi fitrah manusia, sering merasakan dialah yang teruji lebih daripada orang lain, astaghfirullah. Wajib bagi kita untuk melihat kepada ujian orang lain. Perjalanan dakwah di Mesir, Palestin, universiti-universiti oversea, lebih mencabar dan tercabar. Walaupun ada je yang kata dakwah di Malaysia lebih sukar berbanding di luar negara (sebab pemuda-pemudi Malaysia sangat manja, yang di luar lebih matang), namun semuanya ada pro and cons nya. Kepada antum yang merasakan diri berada dalam zon selesa, jom sama-sama kita selidik semula diri kita. Kadang-kadang bila melihat seorang ikhwah/akhwat tersilap langkah sedikit, kita sangat mudah melenting. Daripada dok mengata orang (walaupun dalam hati), lebih baik fikirkan tarbiah diri sendiri. Ingatlah, masih banyak tugas yang menanti di sekitar kita.

Allahu a'lam. Wassalam.....

21 November 2011

Secod First

Bismillah..

Alhamdulillah, hari ni hari pertama untuk semester kedua ana mengajar di UiTM Jengka. Mudah-mudahan urusan bertambah baik dari hari ke hari. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk-Mu. Bantulah aku dalam memperbaiki niatku semata-mata kerana-Mu. Amiin.

:: mood :: kurang sihat :: rindu suami (huhu) ::

10 November 2011

Planing Pening

Astaghfirullah.

It has been numbers of month i didn't update anything here.

Thinking of learning something from my husband, actually.

Wanna re-design my blog.

Wash it, cheer it up and fresh it with lavender (nice smell).

Unfortunately, he's so busy to teach me such thing.

And me too as well... Err..
Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr