Bismillah..
==================================================
“Awak, kenapa awak belajar?”
“Kerana Allah.”
“Oh… Kerana Allah tu macam mana, awak?”
“Belajar tu kan ibadah, jadi kerana Allah lah tu.”
“Oh… Macam tu...”
“Then belajar niat untuk nak tolong Islam lah.
“Oh… Maksudnya macam mana, awak??”
“Nanti dah kerja bagus-bagus boleh sumbangkan duit untuk Islam.”
“Ohh………..”
==================================================
Belajar kerana Allah.
Tahukah anda?
Ada tiga kemungkinan untuk jawapan “Kerana Allah” tu.
Pertama, jawapan kerana benar-benar faham apa itu “Kerana Allah”.
Kedua, jawapan kerana meniru jawapan kebanyakan orang lain.
Ketiga, jawapan untuk menyedapkan hati & melepaskan diri.
Jadi, di manakah kedudukan jawapan kita agaknya ya? Hm…
Ya Allah, bukakanlah hati-hati kami untuk benar-benar beramal kerana-Mu! Ameen!