04 September 2010

Pernah, Tentang Sesuatu

PERNAH

Pernah tangisku berbau merah darah
Pernah lututku longlai menyembah tanah
Pernah hari-hariku dihimpit sejarah
Pernah juga aku hampir ternoktah

Walaupun aku pernah berulang kali menyebut masa
namun ia pergi dan tetap akan pergi
Walaupun aku pernah memandang ilusi
semua hangus dalam terik hujan yang berduri
Walaupun aku pernah cuba untuk berdiri
jatuhku ada yang tertawa
dan ada yang memandang sahaja

Aku pernah terhenti
Ku dengar caci dan maki
Ku lihat puji yang lesi
Ku sentuh hati yang mati
Aku pernah pitam kembali

Endahmu tak ku hirau
Bingitmu juga tak perlu ku risau
Kerana aku juga pernah bergelar manusia
dan pernah menyedut abu udara
Untuk apa aku gusarkan
pada penat yang pernah meletihkan
yang sedih pasti akan terbuang
yang hitam pasti akan menghilang
yang sakit pasti akan berjuang..

-nirzanwida-

30 Jun 2005
02:56 AM

TENTANG SESUATU

Terkadang ada sesuatu
yang manusia tak perlu tahu
rahsia adalah untuk mencelikkan mata
agar peka
kerana tak semestinya rama-rama yg
cantik itu indah
atau pelangi yang indah itu wujud

Sudah tersurat lahirnya untuk hidup
nafas juga mungkin tersekat dalam ribut
pandangan kabur akan kelam dan terus buta
alam ini tidak gelap buat mereka yang faham
yang mana derita
atau yang mana kecewa

Walau lukisanmu tak mampu aku baca
dan senyummu sudah hilang cerita
kita mungkin masih ada ketika
dan saat satu detik itu hinggap
biarlah nadinya hanya ada ketawa
bukankan hidup ini hanya sementara?

Ada rahsia tanpa warna
Ada wajah tanpa kata
Ada hati tanpa kaca
Ada manusia tanpa cinta
Ada hidup tanpa sesiapa.

-nirzanwida-

30 Jun 2005
02:59 AM

---sungguh aku merinduimu,sahabat...--- :'(
Design by Abdul Munir
Modified by Kapt Ir Dr